Penyakit jangkitan tangan, kaki dan mulut (atau penyakit hfmd) sering menyerang kanak-kanak bawah 10 tahun. Ibu bapa harus berhati-hati dengan penyakit ini! Apa itu penyakit HFMD atau penyakit tangan, kaki dan mulut? Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) atau lebih dikenali sebagai penyakit HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus yang dikenali sebagai Enterovirus Coxsackie A16 (CoxA16) dan Enterovirus 71 (EV71). HFMD mendapat namanya dari kudis kecil yang terjadi pada tangan dan kaki, dan dalam mulut. Kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun sering menghidap jangkitan ini! Tapi, orang dewasa juga boleh terkena virus. Adakah penyakit HFMD ini biasa terjadi di Malaysia? Ya! Kementerian Kesihatan melaporkan penyakit HFMD adalah wabak berkala di kalangan kanak-kanak. Sejak jangkitan pertama yang dikesan di Malaysia pada tahun 1997 , Kementerian telah menutup pelbagai “playschools”, sekolah rendah, pusat penjagaan kanak-kanak atau taska dan tadika
Percaya sebelum berjaya. Allah is the only we put on our TRUST