Penyakit jangkitan tangan, kaki dan mulut (atau penyakit hfmd) sering menyerang kanak-kanak bawah 10 tahun. Ibu bapa harus berhati-hati dengan penyakit ini!
Apa itu penyakit HFMD atau penyakit tangan, kaki dan mulut?
Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) atau lebih dikenali sebagai penyakit HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus yang dikenali sebagai Enterovirus Coxsackie A16 (CoxA16) dan Enterovirus 71 (EV71).
HFMD mendapat namanya dari kudis kecil yang terjadi pada tangan dan kaki, dan dalam mulut.
Kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun sering menghidap jangkitan ini! Tapi, orang dewasa juga boleh terkena virus.
Adakah penyakit HFMD ini biasa terjadi di Malaysia?
Ya! Kementerian Kesihatan melaporkan penyakit HFMD adalah wabak berkala di kalangan kanak-kanak.
Sejak jangkitan pertama yang dikesan di Malaysia pada tahun 1997, Kementerian telah menutup pelbagai “playschools”, sekolah rendah, pusat penjagaan kanak-kanak atau taska dan tadika untuk membendung penyakit ini.
Bagaimana HFMD boleh berjangkit?
HFMD ni berjangkit melalui sentuhan secara langsung kepada cairan dari hidung, air liur, lepuh atau najis kanak-kanak yang telah dijangkiti. Penyakit ini sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran.
Bagaimana nak tahu jika bayi saya mengalami penyakit HFMD?
Bayi atau kanak-kanak yang menghidapi penyakit tangan, kaki, dan mulut ini akan berasa tidak sihat.
Tanda-tanda virus amat kecil – seperti ada kudis lepuh seperti dalam mulut, tangan dan kaki. Anak anda juga boleh:
- Mengalami sakit tekak
- Demam ringan
- Kelihatan keletihan dan tak bermaya
Lepuh akibat penyakit ini amat menyakitkan.
Malah, bayi yang dijangkiti HFMD mungkin tidak mahu menyusu atau makan kerana ulser atau lepuh dalam mulut mereka yang sangat menyakitkan.
Adakah saya perlu menghubungi doktor jika saya mengesyaki anak mengalami penyakit HFMD?
Anda harus membawa anak ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan doktor. Jika keadaan agak teruk, anak anda mungkin perlu ditahan di hospital.
Walaubagaimanapun, jika demam anak anda melebihi 39 darjah C, dan tak reda selepas empat hingga lima hari – doktor perlu menyemak untuk jangkitan sekunder.
Hati-hati dengan tanda-tanda dehidrasi!
Kadang-kadang bayi tak mahu menyusu kerana lepuh dalam mulut yang menyakitkan. Jadi, jika bayi anda tidak makan atau minum dan lampinnya tak basah dalam lebih daripada enam hingga lapan jam, hubungi doktor!
Bagaimana saya boleh menjaga bayi yang sakit akibat penyakit HFMD?
Anda perlu tunggu selama 7 hingga 14 hari untuk penyakit ini reda. Tapi, jika virus sudah merebak ke tangan, kaki dan mulut, mungkin masa yang lama diperlukan. Walaubagaimanapun, anda boleh menjaga bayi anda dengan cara ini:
- Di bawah nasihat doktor anda, cuba tangguhkan pemberian paracetamol kepada bayi
- Gel untuk pertumbuhan gigi juga boleh melegakan kesakitan bayi anda
- Untuk mengelak dehidrasi, terus beri susu badan, formula, atau air dan jus yang dicairkan untuk bayi yang sudah besar.
Sebaik sahaja bayi saya pulih daripada menghidap penyakit HFMD, bolehkah dia dijangkiti semula?
Ya. Seperti selesema, bayi anda akan kebal kepada virus yang sudah menjangkitinya namun, masih banyak lagi virus penyakit tangan, kaki dan mulut.
Adakah penyakit HFMD memberi kesan kepada wanita hamil?
Tiada risiko khas untuk wanita hamil, tapi dalam kes-kes tertentu, janin boleh terjejas.
Jika seorang wanita hamil terpaksa menjaga atau memegang seorang kanak-kanak yang dijangkiti dengan penyakit tangan, kaki dan mulut ini, dia perlu membasuh tangan dengan kerap.
Atau mungkin perlu memakai sarung tangan getah jika dia perlu menukar lampin atau melakukan rutin penjagaan bayi yang lain.
Rujukan: Baby Center
Bila dah kena HFMD, benda yang kita kena buat adalah BASUH SEGALANYA DALAM RUMAH mahupun di PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK dan juga KELAS.
Jom gunakan produk SHAKLEE HOME untuk membasuh baju,cuci mainan dan sental lantai.
Mandikan bayi dengan sabun organik SHAKLEE BABY.
tingkatkan sistem imune dengan MEALSHAKES dan OMEGA GUARD.
Sapukan HERBAL BLEND untuk anak terus rasa selesa sepanjang hari.
Semua ni boleh dapatkan dari Ayu ya!
www.wasap.my/60192112805
Ayu SID 897343
Shaklee Kota Puteri & KLCC
Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vibranthealthy.blogspot.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site
Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat professional, diagnosis atau rawatan oleh pakar perubatan berdaftar. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vibranthealthy.blogspot.com adalah semata mata bersifat rujukan umum. Jangan abaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.
Comments
Post a Comment